Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pemantapan Dokumentasi Kumpulan Inovasi dan Kreatif KETENGAH Tahun 2024

18 Oktober 2024
Kursus Pemantapan Dokumentasi Kumpulan Inovasi dan Kreatif KETENGAH Tahun 2024

Inovasi dalam perkhidmatan awam adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Ianya bagi membolehkan perkhidmatan awam bertindak balas dengan cepat terhadap cabaran dan perubahan dalam keperluan jabatan dan juga masyarakat.


Dengan inovasi, perkhidmatan awam dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi terkini dan memenuhi keperluan masyarakat yang semakin kompleks. Oleh itu, KETENGAH telah mengambil pendekatan dengan mengadakan satu kursus Pemantapan Dokumentasi Kumpulan Inovasi dan Kreatif KETENGAH Tahun 2024 pada 16 hingga 18 Oktober 2024 bertempat di Acapella Suite Hotel, Shah Alam Selangor.


Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk membangunkan minda inovatif, memperkenalkan serta memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan. Selain itu, kursus ini dapat membantu para peserta yang terlibat mencipta produk, perkhidmatan, atau proses baru yang boleh memberi impak di dalam organisasi dan masyarakat selain bagi persiapan awal untuk menyertai Anugerah Inovasi Peringkat Kementerian pada tahun hadapan.


Kursus ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama penceramah kursus iaitu Puan Wan Suraya binti Sahabaludin, dari Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam (Seksyen Kualiti) Majlis Bandaraya Shah Alam.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.