Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli (FA) Ladang Kontrak Tanaman Cili

17 Oktober 2024
Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli (FA) Ladang Kontrak Tanaman Cili
Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli (FA) Ladang Kontrak Tanaman Cili antara peserta Program Perintis Pertanian Luar Bandar (Rintis Tani) bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan bertempat di Tapak Projek Tanaman Cili Fertigasi Rintis Tani, Lembah Makanan KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli ini telah disaksikan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH dan YBrs. Encik Ahmad Rafiee bin Musa, Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA Negeri Terengganu. Majlis turut dihadiri oleh pegawai – pegawai KETENGAH, FAMA dan Jabatan Pertanian Daerah Dungun.

Sejumlah 10,000 polibeg tanaman cili telah ditanam dan dijangka dituai pada awal bulan November 2024 dengan anggaran hasil sebanyak 20 matrik tan.

Antara tujuan pelaksanaan program Ladang Kontrak FAMA adalah termasuk menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar, mempergiatkan pengeluaran hasil tanaman serta memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.