Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI KEEMPAT TAHUN 2026

4 Oktober 2026
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI KEEMPAT TAHUN 2026

Dungun, 4 Oktober 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Keempat Tahun 2026 telah berlangsung di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.


Majlis tersebut dihadiri oleh warga kerja KETENGAH yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KETENGAH serta anak syarikat. Dalam amanatnya, YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja KETENGAH atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan pelbagai program serta aktiviti yang telah dirancang.


Beliau turut menekankan agar mesej yang diketengahkan dalam amanat YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, iaitu “spending better”, dapat dihayati dan diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas serta pengurusan organisasi. Menurut beliau, setiap ringgit yang dibelanjakan perlu diurus secara berhemah, berfokus dan memberikan impak yang jelas, dengan mengambil kira permasalahan yang ingin diselesaikan, kumpulan penerima manfaat serta hasil yang ingin dicapai.


Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh warga kerja KETENGAH agar tidak menunggu sehingga sesuatu masalah menjadi lebih besar sebelum mengambil tindakan. Sebaliknya, setiap warga kerja perlu mempunyai keberanian untuk menyuarakan permasalahan, mengemukakan idea serta mencadangkan penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dan pengurusan organisasi sentiasa dipertingkatkan.


Beliau turut menyampaikan pesanan, “Jika ada masalah, maklumkan; jika ada idea, kemukakan; jika ada proses yang boleh diperbaiki, cadangkan.” Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyampaian piala kejuaraan kepada pasukan Petanque KETENGAH yang telah berjaya menjuarai Kejohanan Petanque Piala Ketua-Ketua Jabatan Daerah Dungun Tahun 2026.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
379
Bulan Ini
23,306
Jumlah
3,968,186

Kemaskini: 5 Oktober 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.