Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

TAHNIAH Pasukan Petanque KETENGAH

9 November 2024
TAHNIAH Pasukan Petanque KETENGAH

KETENGAH telah muncul selaku juara dalam Kejohanan Petanque Berpasukan Jemputan Piala Ketua Jabatan Daerah Dungun 2024 yang diadakan di Gelanggang Petanque PADU Dungun. Program yang dianjurkan oleh UiTM Kampus Dungun ini dimulai dengan Klinik Petanque pada 7 November 2024 dan diteruskan dengan pertandingan selama 2 hari bermula pada 8 hingga 9 November 2024.


Pasukan KETENGAH dibarisi seramai 9 orang pemain dan diketuai oleh Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, selaku pengurus pasukan. Semangat juang dan kemahiran mengatur strategi perlawanan membuahkan hasil dan pasukan KETENGAH telah meraih johan dengan membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai.


Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Momentum kejayaan ini harus diteruskan lagi bagi menghadapi kejohanan sukan MAKSPEN tahun hadapan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.