Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Media Siber KETENGAH Tahun 2024

15 Ogos 2024
Kursus Media Siber KETENGAH Tahun 2024

Seramai 17 pegawai telah menghadiri Kursus Media Siber KETENGAH Tahun 2024 yang telah diadakan pada 13 hingga 15 Ogos 2024 bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka. Kursus ini sebagai satu medium perkongsian ilmu dan pengetahuan dalam meningkatkan kemahiran digital dan keselamatan siber.


Melalui kursus ini juga, para peserta dapat meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi dalam mengendalikan media sosial rasmi, sekaligus menyumbang kepada pembinaan reputasi dan imej organisasi yang lebih kukuh dan positif di mata masyarakat.


Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Media Siber KETENGAH Tahun 2024 ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), KETENGAH. Turut hadir Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, KETENGAH dan Puan Hajah Nor Farhana binti Maharudin, Ketua Unit Komunikasi Korporat, KETENGAH.


Kursus selama 3 hari 2 malam ini telah dikendalikan oleh Tuan Ahmad Fairus @ Coach TAF dan Tuan Azahari dari Syarikat Ampire Events.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.