KETENGAH telah menerima kunjungan Lawatan Kerja daripada Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 22 hingga 23 Ogos 2024 bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Lawatan kerja yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar KETENGAH, Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki dan Pengurus Kanan (Korporat), Tuan Haji Mahdi bin Ahmad.
Turut sama hadir pada sesi lawatan ini adalah ketua jabatan/agensi KKDW di Terengganu iaitu Encik Md Razi bin Md Lazim, Pengarah Pejabat Cawangan KKDW Terengganu, Encik Abdul Wahab bin Mustaffa, Pengarah MARA Terengganu, Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Alias, Pengarah Negeri Felcra Berhad Terengganu, dan Dr Faridah binti Mat, Pengarah KEMAS Terengganu.
Antara lokasi yang dilawati sepanjang lawatan ini berlangsung adalah Santuari Kelah, Taman Herba dan Kenyir Elephant Conservation Village (KECV).