Kenyir Snakehead Battle 2026

Program Kenyir Snakehead Battle Edisi Ke-15 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 hingga 5 Julai 2026 di Tasik Kenyir. Program berprestij ini berjaya menghimpunkan seramai 122 orang peserta dari dalam dan luar negara, termasuk lima orang pempengaruh (influencer) terkenal dari Indonesia.
Penganjuran program ini bertujuan menghimpunkan para pemancing tegar dari pelbagai lokasi, di samping memperkukuh usaha mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan utama serta memperkasakan industri sukan memancing negara. Program ini juga menjadi platform bagi meningkatkan daya tarikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pilihan pelancong dan komuniti pemancing.
Bagi Kategori Individu, johan telah dinobatkan kepada peserta daripada Kumpulan JCC (B) selepas berjaya mendaratkan ikan seberat 6.28 kilogram (kg). Sementara itu, bagi Kategori Kumpulan, Kumpulan JCC (A) muncul sebagai johan selepas berjaya mendaratkan enam ekor ikan dengan jumlah berat keseluruhan 17.02 kg.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.
KETENGAH berharap penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha memperkukuh kedudukan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan dan sukan memancing yang berprestij. Di samping itu, program ini diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong serta merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat di sekitar wilayah KETENGAH dan Tasik Kenyir.





