KETENGAH sentiasa menyokong dan membantu kegiatan dan program yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dalam wilayah. Tahniah buat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Selesa, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu kerana telah terpilih sebagai lokasi persinggahan Kembara Jubli Emas KRT yang disertai oleh YBhg. Dato’ Haji Che Roslan Che Daud, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
YBhg. Dato’ Haji Che Roslan dan rombongan kembara telah disambut oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH merangkap Pengerusi KRT Taman Selesa bersama-sama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KRT DUN Bukit Besi.
Rombongan kemudiannya dipersembahkan seni silat tempur dari Persatuan Silat Jawi Terengganu kelolaan Cikgu Ismail Salleh.
YBhg. Dato’ telah menyempurnakan gimik pelancaran program dengan mewarna logo rasmi sempena sambutan 50 Tahun Rukun Tetangga sebagai simbol penghargaan terhadap peranan dan legasi KRT dalam membina masyarakat harmoni.
Dalam majlis yang sama, beliau juga merasmikan Kempen Cakap Baik-Baik dan melancarkan Projek Tanaman Sorghum oleh RT Progresif sebagai salah satu inisiatif komuniti dalam menjayakan ekonomi setempat dan perpaduan berterusan.
Terima kasih kepada YBhg. Dato’ Haji Che Roslan Che Daud dan rombongan kerana sudi singgah dan memilih KRT Taman Selesa sebagai salah satu lokasi persinggahan sempena Kembara Jubli Emas KRT.
Tahniah juga buat Ahli Jawatankuasa KRT Taman Selesa yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.