Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM ASY-SYABAB 4.0 (ASPIRASI AHSAN SYAKHSIAH BELIA LUAR BANDAR) PROGRAM BINA INSAN (PBI) WILAYAH KETENGAH TAHUN 2024

30 November 2025
PROGRAM ASY-SYABAB 4.0 (ASPIRASI AHSAN SYAKHSIAH BELIA LUAR BANDAR) PROGRAM BINA INSAN (PBI) WILAYAH KETENGAH TAHUN 2024

Program Asy-Syabab 4.0 (Aspirasi Ahsan Syakhsiah Belia Luar Bandar) di bawah Program Bina Insan (PBI), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah berjaya dilaksanakan oleh KETENGAH melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial pada 28 hingga 30 November 2024.


Seramai 63 orang penduduk dalam wilayah terdiri daripada kategori keluarga B40/ E-Kasih telah menyertai program ini yang dikendalikan oleh konsultan, ILead Strategy Training & Consultancy bertempat di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang.


Antara pengisian program ialah Sesi Ice Breaking, Forensik Diri (Mengenali Potensi Diri), Cetusan Minda Usahawan dan Aktiviti Jelajah Bandar Kuantan (tugasan berkumpulan) yang bertujuan untuk membentuk persefahaman peserta dan dapat memahami konsep kerjasama secara berpasukan.


Para peserta juga diberi peluang menimba pengalaman bersama usahawan selebriti, Bell Ngasri dan usahawan berjaya wilayah KETENGAH iaitu Encik Mohammad Syaifullah bin Che Ghani, CEO Palmstay Seri Bandi dan Encik Muhammad Al Ahnaf bin Mohd Roslan, usahawan pertanian Ahnaflan Enterprise.


YBrs. Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial mewakili Pengurus Besar KETENGAH telah bersama-sama peserta dalam pengisian slot program dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta.


Semoga program ini dapat memberi manfaat, pengalaman dan nilai tambah bagi membantu peserta mengubah corak kehidupan yang lebih positif pada masa hadapan.


Terima kasih KKDW dan KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.