logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK ROLLING PLAN KETIGA RMK12 TAHUN 2023

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.aMajlis penyerahan dua projek di bawah peruntukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah diadakan pada 30 November 2026 bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu iaitu Projek Mengganti dan Menaiktaraf Kemudahan Enam (6) Jeti di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan Projek Penyelenggaraan dan Menaiktaraf Bangunan dan Kerja-Kerja Berkaitan di Taman Orkid, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Majlis tersebut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Sesi tandatangan dan penyerahan Sijil Perakuan Projek Siap telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin, mewakili Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar mewakili Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Majlis tersebut diteruskan dengan penyerahan Plak Projek PPUN kepada YBrs. Encik Mohd Fadli bin Ngah, Pegawai Daerah Hulu Terengganu. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Sejurus selepas majlis, YBhg. Dato’ KSU telah dibawa melawat ke Taman Herba, Pulau Sah Kecil bagi meninjau salah satu projek jeti yang telah siap dan juga menyempurnakan sesi penanaman pokok herba sebagai simbolik lawatan YBhg. Dato’ KSU ke Tasik Kenyir.