Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Hari Ulang Tahun Penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

13 April 2025
Hari Ulang Tahun Penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Bersempena dengan Hari Ulang Tahun Penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada 12 April 2025, satu program bersama masyarakat telah berlangsung di Kampung Minda, Dungun, Terengganu.


Kampung Minda merupakan salah sebuah kampung tradisi dalam wilayah KETENGAH terletak nun jauh di pedalaman daerah Dungun. Meskipun terletak di pedalaman, kampung ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan talian komunikasi agar penduduk yang tinggal di sini menikmati kemudahan sama seperti di bandar. 


KETENGAH telah membina sebuah dewan, jalan perhubungan desa, jalan pertanian, menaiktaraf tempat tarikan pelancongan, program peningkatan ekonomi kepada penduduk dan pelbagai lagi bentuk bantuan telah disalurkan kepada penduduk di kampung ini.


Program Sambutan Ulang Tahun Ke-52 KETENGAH ini dimulai dengan aktiviti memasak secara bergotong royong, mengecat pagar masjid, dan acara sukaneka. KETENGAH turut menyumbang sebuah wakaf kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Minda.


Acara diteruskan dengan ceramah agama, solat zohor dan solat sunat secara berjemaah dan diakhiri dengan tahlil serta doa selamat.


YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan isteri YBhg. To’ Puan Anizal binti Yusoff, barisan pengurusan dan seluruh warga kerja KETENGAH hadir ke program berkenaan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
693
Bulan Ini
52,036
Jumlah
3,996,916

Kemaskini: 26 Oktober 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.