Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Anugerah AKRAB Organisasi Terbaik dan Anugerah Booth Pameran Terbaik

9 Oktober 2024
Anugerah AKRAB Organisasi Terbaik dan Anugerah Booth Pameran Terbaik

KETENGAH telah menerima Anugerah AKRAB Organisasi Terbaik dan Anugerah Booth Pameran Terbaik sempena Hari Psikologi & Simposium AKRAB KKDW 2024.


Anugerah AKRAB Organisasi Terbaik telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, YBhg. Dato’ Afandi bin Nordin kepada Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa semasa merasmikan program berkenaan bertempat di Dewan Seri Lestari, KKDW, Putrajaya.


Booth AKRAB KETENGAH pada kali ini bertemakan “Terapi alam semula jadi untuk kesihatan dan kedamaian”. Mini Taman Harmoni menampilkan produk akar kayu dan minuman kesihatan serta kedamaian Tasik Kenyir secara Virtual Reality (VR) telah memikat hati juri untuk menganugerahkan KETENGAH sebagai Booth Terbaik pada tahun ini. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) KKDW, YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Mahmood. Seramai 5 orang ahli Akrab KETENGAH telah mengikuti program ini.


Tahniah kepada semua Ahli AKRAB KETENGAH dan tahniah juga kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.


“Tekad Empati, Aspirasi KKDW Sejahtera”

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.