logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

SESI LIBAT URUS (SLU) PEKELILING SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (PP1/2024)

Selaras dengan pengumuman Kerajaan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa 1 Disember 2024, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (PP 1/2024) pada 9 Oktober 2024, bertempat di Dewan Utama, Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH.

Sesi Libat Urus (SLU) ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Zuhaili bin Rosli, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Sumber Manusia) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Encik Azzam bin Ab. Samad, Penolong Setiausaha (Pengurusan Sumber Manusia), KKDW. 

Sesi SLU ini telah memberi ruang dan peluang kepada warga kerja KETENGAH untuk mengutarakan isu-isu serta persoalan yang memerlukan penjelasan yang lebih lanjut untuk difahami.

Hadir sama ke Sesi Libat Urus (SLU) ini ialah Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan barisan Pengurusan KETENGAH.