Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN KERJA DYTM YANG DI-PERTUAN MUDA TERENGGANU KE TAMAN ECO-TOURISM CHEMERONG , DUNGUN

4 Julai 2025
LAWATAN KERJA DYTM YANG DI-PERTUAN MUDA TERENGGANU KE TAMAN ECO-TOURISM CHEMERONG , DUNGUN

Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli meninjau sendiri keindahan dan potensi Taman Eco-Tourism Chemerong sebagai destinasi ekopelancongan utama negeri. Taman ini juga merupakan salah satu tarikan pelancongan dalam Wilayah KETENGAH.


Turut sama hadir mengiringi keberangkatan baginda ialah Timbalan SUK (Pembangunan), Pengarah UPEN Terengganu, Pegawai Daerah Dungun, Pengarah Perhutanan Terengganu, YDP Majlis Perbandaran Dungun, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KETENGAH bersama-sama wakil agensi yang lain.


Antara pengisian sepanjang lawatan baginda:

1️⃣ Sesi bergambar kenangan

2️⃣ Pelepasan benih ikan air tawar

3️⃣ Taklimat oleh Pengarah Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu

4️⃣ Lawatan ke kaki Air Terjun Chemerong

5️⃣ Tayangan video montaj

6️⃣ Persembahan kebudayaan Tarian Saba


Lawatan ini mencerminkan keprihatinan baginda dalam memelihara kelestarian alam sekitar serta menyokong inisiatif pembangunan eko-pelancongan yang mampan di Wilayah KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.