Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW ke Projek Inap Desa Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu

4 Julai 2025
Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW ke Projek Inap Desa Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu

YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Inap Desa Kampung Pasir Raja pada 4 Julai 2025.


Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha meninjau keberkesanan program pelancongan komuniti desa yang menyasarkan peningkatan taraf ekonomi penduduk luar bandar.


Turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Komuniti Desa KKDW dan Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH serta beberapa pegawai kanan dari KKDW dan KETENGAH. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Pasir Raja serta komuniti setempat.


Antara pengisian lawatan termasuk:

Tinjauan ke rumah-rumah inap desa dan kemudahan pelancongan setempat.

Lawatan ke lokasi tarikan pelancongan “Bumbung Raja”, salah satu destinasi alam semula jadi utama di kawasan tersebut.


Penyertaan dalam Program Memasak Bubur Asyura anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pasir Raja, sebagai simbolik sokongan terhadap aktiviti komuniti setempat.


YBhg. Dato’ TKSU (Dasar) memuji semangat kerjasama penduduk dalam memajukan sektor pelancongan desa serta menekankan pentingnya kolaborasi berterusan antara komuniti dan agensi kerajaan bagi memastikan kejayaan inisiatif pembangunan luar bandar secara mampan dan inklusif.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.