logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KEMAH 2024

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu telah menjayakan pelaksanaan Kem Keibubapaan Hebat (KEMAH) 2024 pada 9 – 11 Ogos 2024 (Jumaat- Ahad) bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Besut Terengganu.

Program yang dilaksanakan di bawah LPPKN ini telah bermula sejak Tahun 2023 dengan penglibatan penduduk dalam Wilayah KETENGAH. Seramai 23 orang peserta dari wilayah yang telah dapat menyertai program kali ini dengan sasaran utama penglibatan pasangan suami isteri. Melalui program ini peserta diberi pemahaman jelas berkaitan ilmu kekeluargaan melalui kaedah ilmu kekeluargaan, pendidikan kesihatan keluarga, pendidikan keselamatan anak dan kaedah komunikasi yang baik.

Program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH dan seterusnya penyampaian sijil penyertaan. Turut hadir bersama YBrs. Encik Mohd Noh bin Abdullah. Pengarah LPPKN Terengganu dan Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH. Semoga pelaksanaan program modal insan seumpama ini dapat diteruskan lagi bagi memperkasakan pembangunan modal insan dalam Wilayah KETENGAH