Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH menang “Booth Terbaik” sempena (TEGAK) 2024

11 Ogos 2024
KETENGAH menang “Booth Terbaik” sempena (TEGAK) 2024

Temasya Tranung Kite 2024 (TEGAK) telah berlangsung dengan meriah pada 8-10 Ogos 2024 bertempat di Dataran Pesisir Sungai, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Kerajaan Negeri Terengganu dengan kelolaan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara dan Persatuan ATMA Seni Budaya Terengganu.


Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Yang Berhormat Tuan Haji Maliaman bin Kassim.


KETENGAH telah menyertai pameran interaktif di program tersebut. Antara yang menarik perhatian pengunjung di booth KETENGAH adalah permainan Virtual Reality Tasik Kenyir. Ia merupakan teknologi animasi yang memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri keindahan di Tasik Kenyir. Selain itu, pengunjung juga disediakan minuman herba yang dibawa khas dari Taman Herba, Tasik Kenyir seperti air herba Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa.


Di samping itu, di booth KETENGAH juga ada menawarkan promosi pakej-pakej pelancongan termasuklah pakej penginapan dan tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.