Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Program Khatam Al-Quran di Surau Ibu Pejabat KETENGAH

13 Mac 2026
Program Khatam Al-Quran di Surau Ibu Pejabat KETENGAH

Pada 12 Mac 2026 bersamaan 22 Ramadan 1447H, KETENGAH telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran di Surau Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun sebagai salah satu aktiviti pengimarahan Al-Quran serta pengisian rohani dalam kalangan warga KETENGAH. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 40 orang pegawai dan kakitangan.


Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta yang telah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk secara berkumpulan. Majlis turut diserikan dengan bacaan doa khatam Al-Quran serta tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nubairi bin Mat Nor, Penolong Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial yang menekankan kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan dan pekerjaan.


Program ini turut memupuk semangat ukhuwah, meningkatkan penghayatan kerohanian serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.