logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

kunjungan daripada Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD

KETENGAH telah menerima kunjungan daripada Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Maclaine @ Martin Ben, Timbalan Menteri M-FICORD (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) bersempena lawatan kerja ke Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) serta projek-projek pertanian di bawah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.

Rombongan telah disambut oleh Yang Berusaha En. Zainuddin bin Hj. Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Amal Fariz bin Awang, Penolong Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah KKDW, Pengurusan KETENGAH, kepimpinan dan penduduk setempat bertempat di Dataran Kejat Kampung Pasir Raja.

Rombongan telah dibawa melawat Projek Ternakan Ikan Air Tawar di Kg Pasir Raja yang merupakan niche produk bagi PROSPEK Pasir Raja.
Rombongan juga turut melawat ke Pusat Pemprosesan Mengkuang Pasir Raja.
Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Projek Tanaman Jagung Berkelompok di Kampung Seberang Tayur Hilir, Kemaman yang merupakan niche produk bagi PROSPEK Kemaman yang telah diluluskan oleh KKDW bermula tahun 2024.

Objektif lawatan ini ialah untuk menggalakkan perkongsian pintar dan mengeratkan hubungan kerjasama di kalangan agensi pelaksana dan penyelaras pelaksanaan PROSPEK di Sarawak dan Negeri Terengganu, membuat tinjauan terhadap pelaksanaan PROSPEK di Terengganu yang boleh menjadi panduan kepada agensi pelaksana bagi PROSPEK baharu di Sarawak, serta meninjau pelaksanaan projek pertanian di Terengganu sebagai rujukan model pembangunan komuniti.
KETENGAH merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak M-FICORD atas lawatan ini dan diharapkan kerjasama yang terjalin dapat memberikan impak positif dalam membangunkan ekonomi setempat, khususnya di kawasan pedalaman yang menjadi fokus pembangunan bersama.