KONTINJEN KETENGAH PAMER SEMANGAT PATRIOTIK DAN DISIPLIN TINGGI DALAM PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 31 Ogos 2026 - Semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air terus disemarakkan apabila Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) tampil menyertai Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman yang berlangsung penuh meriah di Kuala Terengganu.
Seramai 41 orang peserta KETENGAH mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan perarakan, sekali gus membawa nama KETENGAH dalam meraikan detik bersejarah sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69. Penyertaan kontinjen ini memperlihatkan semangat kesatuan, disiplin, kerjasama dan komitmen warga KETENGAH dalam menyemarakkan agenda patriotisme serta memperkukuh semangat kebersamaan.
Sambutan yang turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, menyaksikan pelbagai persembahan, perbarisan dan perarakan yang menggambarkan semangat perpaduan serta rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Penyertaan KETENGAH bukan sekadar memeriahkan sambutan, malah menjadi manifestasi kecintaan warga kerja terhadap negara serta tekad untuk terus mengisi kemerdekaan melalui usaha, pembangunan dan sumbangan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Semangat “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” diharapkan terus menyemarakkan iltizam seluruh warga KETENGAH untuk memperkasa agenda pembangunan luar bandar, sekali gus memastikan kemajuan negara dapat dinikmati secara adil, inklusif dan menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat.





