Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

YB TIMBALAN MENTERI KKDW SANTUNI USAHAWAN KETENGAH DI MAHA 2026

1 September 2026
YB TIMBALAN MENTERI KKDW SANTUNI USAHAWAN KETENGAH DI MAHA 2026

SERDANG, 1 SEPTEMBER 2026 – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2026) yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) terus meriah dengan pelbagai aktiviti dan tarikan menarik kepada para pengunjung.


Pada hari kelima penganjuran MAHA 2026, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), telah meluangkan masa menyantuni para usahawan yang menyertai Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 dengan diiringi oleh YBhg. Dato' Abdul Kahar bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW.


Dalam kunjungan tersebut, YB Timbalan Menteri KKDW berkesempatan beramah mesra dan bertanya khabar dengan para usahawan, selain mencuba sendiri produk yang dihasilkan dan dipasarkan oleh mereka.


Seramai lapan (8) usahawan bimbingan KETENGAH turut menerima kunjungan YB Timbalan Menteri KKDW, sekali gus memberi peluang kepada para usahawan memperkenalkan produk serta berkongsi pengalaman dalam mengembangkan perniagaan masing-masing. Kunjungan tersebut turut mencerminkan keprihatinan dan sokongan berterusan KKDW terhadap pembangunan serta pemerkasaan usahawan luar bandar, khususnya dalam usaha memperluas pasaran dan meningkatkan daya saing produk tempatan.


Penyertaan KETENGAH di MAHA 2026 juga menjadi platform strategik dalam mengetengahkan produk usahawan bimbingan KETENGAH kepada masyarakat umum, di samping membuka ruang kepada jaringan perniagaan, promosi dan peluang pasaran yang lebih luas.


1 September 2026 turut menjadi hari terakhir penglibatan KETENGAH di MAHA 2026 bagi memberi peluang kepada agensi-agensi lain di bawah KKDW untuk meneruskan pengisian di Laman Usahawan Desa dengan mengetengahkan produk serta hasil usahawan masing-masing.


KETENGAH akan terus komited dalam memperkasa usahawan luar bandar melalui pelbagai inisiatif pembangunan, bimbingan, promosi dan pemasaran selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk memperkukuh ekonomi masyarakat desa serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.


Hadir sama mengunjungi reruai usahawan, Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH dan Pengurusan KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
249
Bulan Ini
17,184
Jumlah
3,962,064

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.