logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

BAYANUL ‘ILM (PENERANGAN ILMU) WILAYAH KETENGAH

Program khas sempena akhir tahun 2025 bertemakan “Pemerkasaan Iman dan Akhlak” telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Masjid Kampung Perasing Jaya, Kemaman.

Program ini disampaikan oleh YH. Dato’ Haji Badlishah bin Alauddin ,Timbalan Mufti Negeri Pahang, bertujuan memperkukuhkan pegangan iman serta membentuk akhlak mulia sebagai asas kehidupan seharian dan persediaan menghadapi kehidupan di akhirat.

Pengisian ilmu yang disampaikan menekankan kepentingan mempererat hubungan dengan Allah SWT. melalui penghayatan akidah yang betul, peningkatan amal ibadah, serta pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

Para jemaah turut diingatkan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian duniawi, bahkan kejayaan di akhirat yang kekal abadi.
Semoga segala ilmu dan peringatan yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi panduan berterusan dalam membina kehidupan yang diredai Allah SWT.