Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Program Bayyanul ‘Ilm Wilayah KETENGAH 2025 Kupas Peribadi Mulia Rasulullah SAW

26 Ogos 2025
Program Bayyanul ‘Ilm Wilayah KETENGAH 2025 Kupas Peribadi Mulia Rasulullah SAW

Pada 26 Ogos 2025, Masjid Kampung Minda menjadi lokasi berlangsungnya program Bayyanul Ilm “Penerangan Ilmu” Wilayah KETENGAH 2025, bertajuk “Peribadi Rasulullah”. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Samsuri bin Husain, pendakwah daripada Yayasan Islam Terengganu.


Dalam sesi ceramah, Ustaz Samsuri menjelaskan secara terperinci sifat dan peribadi mulia Rasulullah SAW, termasuk kejujuran, amanah, kesabaran, lemah lembut, pemaafan, kasih sayang, kesederhanaan, dan keadilan.


Beliau turut merujuk kepada riwayat Sayyidina Aisyah R.A., yang berkata ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW “Akhlaknya adalah Al-Quran.”


Ungkapan ini menekankan kesempurnaan akhlak baginda sebagai teladan umat Islam.

Selain itu, penceramah menekankan bahawa Rasulullah SAW turut membantu para isterinya dalam tugasan rumah tangga. Sayyidina Aisyah R.A. menceritakan bahawa Baginda Nabi SAW memperbaiki terompah, menjahit baju, dan melaksanakan pekerjaan dengan tangannya sendiri, menunjukkan sifatnya yang sederhana dan rendah hati.


Program ini disertai oleh penduduk setempat, pegawai, dan kakitangan KETENGAH, yang hadir untuk menimba ilmu dan memperkukuh nilai-nilai murni dalam diri disamping menyemai rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.