LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA KE TAMAN HERBA, TASIK KENYIR

Hulu Terengganu, 2 September 2026 - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berbesar hati menerima kunjungan Jabatan Sukarelawan Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Datuk Rosli bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia dalam satu lawatan kerja ke Taman Herba, Tasik Kenyir.
Dalam lawatan tersebut, pihak KETENGAH turut memberikan taklimat kepada rombongan berkaitan salah satu produk pelancongan yang telah dibangunkan oleh KETENGAH, khususnya dalam usaha memperkenalkan produk herba serta keunikan destinasi pelancongan di Tasik Kenyir.
Sebagai simbolik lawatan, YBhg. Datuk Rosli bin Yaakub turut menyempurnakan upacara penanaman pokok herba. Aktiviti ini melambangkan komitmen bersama terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar, kelestarian biodiversiti serta pembangunan potensi tanaman herba sebagai salah satu tarikan pelancongan.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara Jabatan Sukarelawan Malaysia dan KETENGAH, di samping menyokong usaha memartabatkan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing dan lestari.





