Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT BULANAN (SIRI 1) BERSAMA KOMUNITI WILAYAH KETENGAH TAHUN 2025

26 Januari 2025
PROGRAM BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT BULANAN (SIRI 1) BERSAMA KOMUNITI WILAYAH KETENGAH TAHUN 2025

KETENGAH merancang sepanjang tahun 2025, Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat secara bulanan akan dilaksanakan dengan penglibatan komuniti setempat di beberapa lokasi masjid yang ditetapkan dalam wilayah. Bagi siri 1 program telah diadakan pada 26 Januari 2025 (Ahad) bersamaan 26 Rejab 1446H bertempat di Masjid Jamek Bandar Ceneh Baru, Kemaman.


Pelaksanaan program dimulakan dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Nabil bin Hj Abidin Hamzah, pengajar dari Madrasah Tahfiz Al Faaiz Kampung Pasir Gajah Kemaman bersama-sama 34 orang pelajarnya. Program diteruskan dengan tausiyyah atau sesi pesanan diri oleh Ustaz Haji Saudi bin Hussain, Imam Masjid Jamek Bandar Ceneh Baru. Program berakhir dengan solat hajat berjemaah selepas Solat Isyak bertujuan memohon keselamatan dan kesejahteraan.


⁠⁠YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial bersama-sama beberapa orang pegawai dan kakitangan turut hadir bagi menyemarakkan lagi pelaksanaan program.


Semoga program sebegini sentiasa mendapat sambutan dan penyertaan daripada semua komuniti KETENGAH agar persefahaman dan persepakatan sentiasa erat dan kukuh. Terima kasih semua yang terlibat khususnya komuniti penduduk di Bandar Ceneh Baru.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.