Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Penanda Aras Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan KETENGAH

5 Februari 2025
Lawatan Penanda Aras Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan KETENGAH

Lawatan Penanda Aras Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan KETENGAH telah diadakan di beberapa buah tempat di Negeri Johor iaitu Projek Kajian dan Pembangunan Mengkuang Kg Tuan Seh di Wilayah KEJORA, D’ Impian Agro Farm di Muar dan Ladang Ternakan Lembu Lanadron di Pagoh. 


Lawatan yang diketuai oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH turut disertai oleh Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof (Pengurus Kewangan dan Perakaunan), En Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid (Pengurus Ekonomi dan Usahawan), pegawai-pegawai dan kakitangan KETENGAH serta usahawan-usahawan bimbingan KETENGAH.


Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan, perkongsian maklumat dan menerokai teknologi-teknologi serta idea-idea baru di samping untuk melihat peluang-peluang yang ada untuk terus berdaya saing malah akan diadaptasi oleh usahawan KETENGAH untuk mengusahakan projek ternakan, tanaman dan perniagaan.


Harapan KETENGAH agar lawatan seperti ini akan lebih membakar semangat usahawan-usahawan bimbingan KETENGAH supaya lebih bersemangat dalam memajukan perniagaan yang sedang diusahakan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.