Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Fun Brisk Walk Semarak Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Penubuhan KETENGAH

12 April 2026
KETENGAH Fun Brisk Walk Semarak Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Penubuhan KETENGAH
HULU TERENGGANU, DUNGUN & KEMAMAN — Program KETENGAH Fun Brisk Walk yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berlangsung meriah dengan penyertaan memberangsangkan daripada komuniti setempat di tiga lokasi serentak.

Di Felda Jerangau Barat, Ajil, Hulu Terengganu, majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat. Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad. Program tersebut mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat yang hadir memeriahkan acara santai berunsur kesihatan itu.

Sementara itu, di lokasi sama, satu lagi sesi pelepasan turut disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, YBhg. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, bersama kehadiran Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH, YBrs. Encik Hasri bin Omar. Majlis cabutan bertuah utama pula telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Din bin Adam, Pengerusi Komuniti KEMAS Dungun, yang menambah kemeriahan program.

Program ini turut diadakan di Pekarangan Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau, Dungun serta Dewan Orang Ramai (DORA), Bandar Seri Bandi, Kemaman sebagai sebahagian daripada penganjuran serentak dalam wilayah Terengganu Tengah.

Di Bandar Seri Bandi, Kemaman, majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi Komuniti KEMAS Kemaman bersama Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, YBrs. Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor.

Penganjuran KETENGAH Fun Brisk Walk ini bukan sahaja bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara agensi dan komuniti setempat. Sambutan ulang tahun ke-53 ini jelas memperlihatkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memperkasakan pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat di wilayahnya.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.