Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Santuni Pesakit Melarat Sempena Ulang Tahun Ke-53

12 April 2026
KETENGAH Santuni Pesakit Melarat Sempena Ulang Tahun Ke-53
Felda Jerangau Barat, 11 April – Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat telah menyantuni pesakit melarat di kawasan Felda Jerangau Barat bersempena Sambutan Ulang Tahun KETENGAH ke-53 yang disambut serentak di tiga parlimen dalam wilayah KETENGAH.

Program Ziarah Kasih yang dianjurkan ini merupakan manifestasi keprihatinan KETENGAH dalam menyantuni masyarakat yang diuji dengan masalah kesihatan. Inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan menziarahi dan menyampaikan sumbangan, malah menjadi platform untuk memberikan sokongan moral, semangat serta kata-kata dorongan kepada individu dan keluarga yang terkesan.

Melalui pendekatan turun padang, KETENGAH berpeluang mendekati masyarakat secara lebih dekat di samping memahami keperluan sebenar mereka. Usaha ini sekali gus menzahirkan nilai empati dan kasih sayang yang berterusan dalam kalangan warga organisasi.

Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-53 KETENGAH di Felda Jerangau Barat, pelbagai program turut disusun bagi memeriahkan sambutan. Antaranya termasuk Program Tukar Minyak Hitam bersama GIATMARA, Pertandingan Mewarna bersama KEMAS, acara sukaneka, slot “Sejenak Bersama Ilmu”, kenduri sekampung serta cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal elektrik.

Penganjuran pelbagai aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara KETENGAH dan masyarakat setempat, malah mewujudkan suasana komuniti yang lebih harmoni, ceria dan bersatu padu.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.