logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMENTASI SEMPENA ANUGERAH INOVASI KKDW TAHUN 2025

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menganjurkan Anugerah Kualiti dan Inovasi KKDW Tahun 2025 yang dijadualkan berlangsung pada November 2025 sebagai salah satu inisiatif tahunan Program Inovasi Kementerian. Penganjuran anugerah ini bertujuan mengiktiraf serta menyemarakkan budaya inovasi dan kualiti dalam kalangan warga perkhidmatan awam khususnya di bawah seliaan KKDW.

Tiga kategori utama yang wajib dipertandingkan dalam anugerah kali ini, iaitu:
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Pengurusan)
Anugerah Inovasi Perkhidmatan (Teknikal)
dan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan.

Oleh itu, susulan daripada kursus yang telah diadakan pada 5 Julai 2025, satu Bengkel Pemantapan Dokumentasi telah dianjurkan pada 5 dan 7 Ogos 2025, bertempat di Kelab Golf Bukit Besi. Bengkel ini melibatkan seramai 24 peserta pegawai dan kakitangan KETENGAH. 

Bengkel ini khusus untuk membantu peserta-peserta dalam menyelaras dan melengkapkan dokumentasi projek inovasi yang akan dihantar sebagai penyertaan. Bengkel ini juga memberi ruang kepada peserta untuk mendapatkan maklum balas awal serta bimbingan teknikal berkaitan penyediaan laporan tersebut.

Melalui penyertaan ini, diharapkan idea-idea baharu yang diketengahkan bukan sahaja mampu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, tetapi turut menjadi inspirasi kepada pegawai dan kakitangan dalam menjadikan inovasi sebagai sebahagian daripada budaya kerja cemerlang di dalam setiap jabatan.