Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH SERTAI LARIAN MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-20 (MAPPA XX) 2025

2 Ogos 2025
KETENGAH SERTAI LARIAN MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-20 (MAPPA XX) 2025

Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH yang diketuai oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Hj. Md.Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) telah menyertai Program Larian MAPPA XX Tahun 2025 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang diadakan bersempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) 2025.


Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara yang berlangsung di Dataran Putrajaya.


Larian MAPPA XX 2025 ini telah disertai oleh penjawat awam dan orang awam menampilkan tiga kategori utama iaitu:

• 3km Fun Walk,

• 5km Fun Run dan

• 10km Kategori Pertandingan


Pelbagai aktiviti disediakan termasuklah reruai pameran dan jualan yang menawarkan pengalaman menarik kepada pengunjung.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.