Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM BUAL BICARA KESELAMATAN DAN KELESTARIAN ALAM DI TASIK KENYIR, HULU TERENGGANU

20 Julai 2024
PROGRAM BUAL BICARA KESELAMATAN DAN KELESTARIAN ALAM DI TASIK KENYIR, HULU TERENGGANU

Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu (MKN,JPM) Bersama pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan sesi bual bicara bersama pengusaha houseboat/bot laju, peniaga dan penduduk kampung berdekatan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir pada 20 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di Pusat Penerangan Kenyir (PPK), Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.


Program di peringkat daerah ini dilaksanakan dari semasa ke semasa di bawah inisiatif Community Based Security Management (CBSM).


Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada Kumpulan sasar berkaitan pembentukan minda keselamatan di lapangan untuk membina kekuatan Masyarakat Madani di peringkat akar umbi melalui konsep Keselamatan Menyeluruh (COMSEC).


Turut sama terlibat dalam menjayakan program ini adalah daripada agensi-agensi berkepentingan iaitu Pasukan Polis Marin Wilayah 3, Tasik Kenyir, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terenggganu (MPTN) dan Pejabat Perhutanan Daerah Hulu Terengganu.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.