Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PENYERAHAN SUMBANGAN KATIL OLEH YAYASAN KETENGAH

19 Julai 2024
PENYERAHAN SUMBANGAN KATIL OLEH YAYASAN KETENGAH

Yayasan KETENGAH telah menyerahkan sebuah katil kepada Adibah binti Rosli yang terlantar akibat penyakit yang dialami. Doktor Pakar Hospital Sungai Buloh telah mengesahkan pada 22 September 2022 bahawa Adibah telah mengalami AVM Brain. 


Malformasi Arteriovena Otak (AVM) adalah kekusutan pada saluran darah tidak normal yang menghubungkan arteri dengan vena dalam otak meyebabkan beliau tidak mampu bergerak iaitu lumpuh keseluruhan badan.


Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said dan Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa hadir melawat dan telah menyerahkan sebuah katil automatik.


Katil ini boleh dilaraskan (turun dan naik) lif angkat secara automatik dengan hanya menekan butang. Ini akan memudahkan urusan penjaga dan memberikan keselesaan kepada pesakit terlantar.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.