KUNJUNG HORMAT KOLEJ RISDA/UCAM KE KETENGAH

AL MUKTAFI BILLAH SHAH — KETENGAH meneroka peluang kerjasama strategik dengan Kolej RISDA/UCAM dalam bidang pembangunan modal insan, pendidikan, pemerkasaan komuniti desa, pembangunan AgroTVET serta pensijilan halal dan keselamatan makanan, menerusi satu sesi kunjungan hormat di sini pada 7 Julai.
Rombongan Kolej RISDA/UCAM diketuai Ketua Eksekutifnya, Encik Kamarudin bin Ani, manakala KETENGAH diwakili oleh Pengurus Besar, YM. Dato' Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa. Sesi ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik kedua-dua pihak sekali gus meneroka ruang kerjasama dalam pelbagai bidang pembangunan.
Antara cadangan yang dibincangkan ialah kerjasama menerusi UCAM Halal Centre dalam melaksanakan program pensijilan halal dan keselamatan makanan. Kerjasama ini dilihat mampu memperkukuh ekosistem usahawan di bawah kendalian KETENGAH.
KETENGAH merakamkan penghargaan kepada Kolej RISDA/UCAM atas kunjungan tersebut dan berharap ia menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta memberi manfaat kepada masyarakat wilayah KETENGAH.





