KETENGAH Perkenal Minuman Herba Tradisional kepada Delegasi Kesatuan Eropah

KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU, KUALA TERENGGANU — KETENGAH mengetengahkan keunikan herba tempatan menerusi demonstrasi pembuatan minuman herba tradisional kepada delegasi Kesatuan Eropah dalam Program Persembahan dan Demonstrasi sempena Lawatan Duta Kesatuan Eropah ke Terengganu pada 7 Julai.
Demonstrasi itu memberi peluang kepada para delegasi untuk mengenali khasiat herba, kaedah penyediaan minuman berasaskan herba serta merasai sendiri keunikan minuman Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa.
Penyertaan ini sebahagian daripada komitmen KETENGAH mempromosikan kekayaan biodiversiti, warisan herba dan keunikan budaya di peringkat antarabangsa, sekali gus memperkukuh imej Terengganu sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan budaya.





