Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Festival FELDA Terengganu Perkukuh Perpaduan Warga FELDA dan Komuniti

15 Februari 2026
Festival FELDA Terengganu Perkukuh Perpaduan Warga FELDA dan Komuniti
DUNGUN, 14 Februari 2026 — Festival FELDA Terengganu yang berlangsung dari 13 hingga 15 Februari 2026 di Ketengah Jaya telah berjaya menghimpunkan kira-kira 2,300 warga peneroka dan komuniti sepanjang dua hari penganjuran dan akan melabuhkan tirainya esok.

Program yang dianjurkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan strategik antara agensi pembangunan dan masyarakat FELDA di seluruh negeri Terengganu.

Majlis perasmian festival berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat. Dalam ucapannya, Dato’ Rozi berkata hubungan strategik antara KETENGAH dan FELDA telah terjalin sekian lama merangkumi pelbagai aspek pembangunan komuniti, sosial dan ekonomi. Menurut beliau, warga FELDA merupakan rakan strategik penting dalam usaha membangunkan wilayah secara menyeluruh, bersepadu dan inklusif.

“Kerjasama ini akan terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif bersama. Pembangunan wilayah memerlukan sinergi serta komitmen berterusan daripada semua pihak bagi memastikan hasil yang mampan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan warga peneroka serta komuniti setempat perlu terus diperkasa agar setiap perancangan pembangunan dapat direalisasikan dengan jayanya demi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat di wilayah KETENGAH dan negeri Terengganu.

Sepanjang tiga hari penganjuran, festival tersebut telah menampilkan pelbagai aktiviti komuniti, pameran agensi, program keusahawanan serta pengisian sosial yang memberi manfaat langsung kepada warga peneroka dan pengunjung, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat luar bandar.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.