Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS)

15 Disember 2024
Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS)

Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS) adalah merupakan salah satu kursus di bawah KETENGAH NEXUS ENTREPRENEUR PROGRAMME iaitu satu program berbentuk latihan dan bimbingan yang dianjurkan oleh KETENGAH dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) melibatkan seramai 30 orang usahawan bimbingan KETENGAH.


Kursus ini diadakan di Raia Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu dan telah disempurnakan majlis perasmian penutupan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH diiringi Puan Norasiah binti Harun, Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Latihan, INSKEN dan Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan, KETENGAH.


KETENGAH berharap agar program yang dilaksanakan ini dapat membantu usahawan mencipta ekosistem keusahawanan yang dinamik serta dapat membantu usahawan untuk lebih berjaya.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.