Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Ungguli Pertandingan Memasak Tradisional Sempena Karnival FELDA Terengganu 2026

15 Februari 2026
KETENGAH Ungguli Pertandingan Memasak Tradisional Sempena Karnival FELDA Terengganu 2026
KETENGAH terus mencipta kejayaan apabila mengungguli Pertandingan Memasak Tradisional sempena Karnival FELDA Terengganu 2026 yang berlangsung di Padang Astaka, Bandar Ketengah Jaya, hari ini.

Bagi pertandingan tersebut, KETENGAH telah menghantar sebanyak empat pasukan yang terdiri daripada dua pasukan kakitangan KETENGAH, satu pasukan wakil PUSPANITA serta satu pasukan daripada peserta SURIA KETENGAH.

Hasil penilaian para juri, pasukan daripada kakitangan KETENGAH telah berjaya muncul sebagai Johan Pertandingan Memasak Tradisional, sekali gus mengharumkan nama agensi dalam karnival kali ini. Pasukan johan tersebut telah mempersembahkan menu masakan “Ikan Siakap Masak Singgang Asam Pedas Terengganu” bertepatan dengan tema “Macam Dulu-Dulu” yang berjaya mencuri perhatian serta menawan selera para juri melalui keaslian rasa tradisi, keseimbangan rempah dan keunikan penyediaannya.
Lebih membanggakan, wakil peserta Suri Impian (SURIA) KETENGAH turut menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih Tempat Ke-5 keseluruhan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa penglibatan aktif warga KETENGAH bersama kumpulan sasar seperti PUSPANITA dan peserta program pembangunan komuniti mampu melahirkan sinergi yang positif. Usaha sebegini bukan sahaja memperkukuh semangat kekitaan, malah menjadi platform mempromosi warisan budaya serta potensi komuniti di wilayah KETENGAH secara lebih menyeluruh.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.