Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM SANTAI MBJ PEKERJA SIRI 4 ERAT HUBUNGAN WARGA KETENGAH

30 September 2026
PROGRAM SANTAI MBJ PEKERJA SIRI 4 ERAT HUBUNGAN WARGA KETENGAH

KEMAMAN, 30 September 2026 – Program Santai Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pekerja Siri 4 telah diadakan di Bandar Cheneh Baharu, Kemaman sebagai salah satu inisiatif bagi memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kerjasama serta kebersamaan dalam kalangan warga kerja KETENGAH.


Program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong bersama warga kerja di Taman Rekreasi Cheneh Baharu. Aktiviti tersebut melibatkan kerja-kerja pembersihan dan menceriakan kawasan sekitar tasik bagi memastikan persekitaran rekreasi sentiasa bersih, kemas dan selesa untuk digunakan oleh masyarakat setempat.


Selesai aktiviti gotong-royong, program diteruskan dengan sesi perjumpaan bersama barisan MBJ Pekerja yang diketuai oleh Pengerusi MBJ Pekerja, Encik Ahmad Khamsa bin Deraman. Sesi perjumpaan tersebut menjadi platform untuk warga kerja bertukar pendapat, berkongsi pandangan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan kebajikan dan kesejahteraan warga kerja dalam suasana yang lebih santai dan terbuka.


Penganjuran Program Santai MBJ Pekerja Siri 4 ini turut mencerminkan komitmen MBJ Pekerja dalam memperkukuh hubungan antara warga kerja, di samping memupuk budaya kerja berpasukan dan semangat kekitaan dalam organisasi. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai wadah untuk mempererat hubungan warga kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, positif dan kondusif.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
676
Bulan Ini
20,744
Jumlah
3,965,624

Kemaskini: 4 Oktober 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.