Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Melangkah Gagah di Sukan MAKSPEN XV!

21 Oktober 2025
KETENGAH Melangkah Gagah di Sukan MAKSPEN XV!

Kontinjen KETENGAH memulakan cabaran di Sukan MAKSPEN XV hari ini dengan semangat juang yang tinggi!


Sebanyak lima acara sukan disertai oleh kontinjen KETENGAH iaitu bola sepak, badminton, bola jaring, bola tampar lelaki dan bola tampar wanita.


Walau apa jua keputusan, semangat kesukanan dan jalinan silaturahim antara agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus dipererat. Kontinjen KETENGAH bertekad memberikan aksi terbaik demi mengharumkan nama agensi dan membawa pulang pingat kemenangan!


Turut hadir memberikan suntikan semangat ialah YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, yang turut meluangkan masa menyaksikan aksi kontinjen meskipun dengan komitmen tugas harian yang padat.


Tahniah  diucapkan kepada pasukan bola jaring, bola sepak, serta bola tampar lelaki dan wanita KETENGAH yang berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya! Teruskan semangat juang hingga ke penamat!


Tahniah juga buat pasukan sorak yang tidak berganjak meskipun terik mentari tetap memberikan sokongan padu kepada pemain.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.