Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Kontinjen KETENGAH Semarakkan Semangat Kesukanan Hadapi Sukan MAKSPEN XV 2025

20 Oktober 2025
Kontinjen KETENGAH Semarakkan Semangat Kesukanan Hadapi Sukan MAKSPEN XV 2025

Gendang semangat bergema mengiringi kontinjen KETENGAH mengharungi cabaran Sukan MAKSPEN XV 2025. Majlis pelepasan kontinjen telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH, Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, yang turut menyampaikan amanat agar para atlet bertanding dengan penuh iltizam dan menjunjung tinggi nilai kesukanan.


Seramai 175 orang termasuk pengurusan menganggotai kontinjen kali ini. Mereka akan menyertai sepuluh acara sukan dan perbarisan, yang secara keseluruhan menawarkan 11 pingat emas, 11 perak dan 11 gangsa.


Kontinjen tampil dengan semangat kesukanan yang tinggi, bersedia dari segi fizikal, mental dan sahsiah. Nilai hormat terhadap kawan dan lawan, disiplin, kerjasama berpasukan serta kesediaan menerima keputusan tanpa permusuhan menjadi asas kekuatan kontinjen ini. Semangat ini sejajar dengan budaya kerja dan identiti warga KETENGAH yang sentiasa menekankan profesionalisme dan ukhuwah.


Dengan sokongan padu daripada pengurusan dan rakan setugas, kontinjen KETENGAH bertekad membawa sekurang-kurangnya satu pingat emas, di samping memberi saingan sihat dan mengharumkan nama organisasi pada temasya tahun ini.


“Kelab Cemerlang, Keluarga Gemilang”

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.