Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Program Rural Digital Workforce (RDW)

14 Oktober 2025
Program Rural Digital Workforce (RDW)

Program Rural Digital Workforce (RDW) merupakan salah satu inisiatif Game Changer Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).


Melalui program ini, seramai 10 orang belia berpotensi telah dikenal pasti untuk mengikuti latihan asas bagi membentuk tenaga kerja digital luar bandar yang berdaya saing.


Program ini dilaksanakan pada 13 dan 14 Oktober 2025 bertempat di Co-working Space PKD AMBS, Terengganu. Ia turut mendapat sokongan strategik daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha memperkukuh keupayaan belia luar bandar untuk menceburi bidang pekerjaan digital.


Sepanjang enam bulan pelaksanaan, peserta akan mengikuti sesi pembelajaran secara fizikal dan dalam talian di bawah bimbingan tenaga pengajar bertauliah daripada MDEC. Latihan ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran digital bagi membolehkan peserta bekerja secara sendiri (self-employed).


Sebagai pengiktirafan kepada komitmen dan pencapaian mereka, setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan setelah menamatkan program ini.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.