logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol)

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) bagi tiga inisiatif strategik iaitu pembangunan stesen minyak bagi pengedaran bahan api bersubsidi, pemasangan Panel Solar PV, dan penempatan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) di BHPetromart. MoU ini melibatkan lapan agensi di bawah KKDW.

KETENGAH turut menandatangani MoU tersebut yang diwakilii Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa di hadapan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.

BHPetrol akan melaburkan RM45 juta untuk membina sepuluh stesen minyak di lokasi terpilih, manakala MARA Inc. memperuntukkan RM1.5 juta untuk pemasangan Panel Solar PV di 50 stesen sedia ada. Inisiatif ini bertujuan menyokong matlamat Malaysia MADANI untuk mengurangkan pelepasan karbon dan serta ke aras teknologi hijau Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW menyatakan kerjasama ini membuka peluang baru bagi masyarakat luar bandar, meningkatkan kesejahteraan desa dan merancakkan ekonomi setempat. Dengan kerjasama ini, diharapkan golongan desa akan memperoleh kemudahan yang setara dengan masyarakat bandar dan menjana pendapatan.

Hadir sama pada majlis berkenaan Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said.