Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah diberi peranan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menganjurkan Bengkel Pra Desa Lestari Zon Timur (Pahang) Tahun 2025 bagi tujuan memberi panduan mengenai penyediaan rancangan perniagaan yang komprehensif untuk penilaian keberhasilan projek yang dicadangkan.
Bengkel ini berlangsung di Swiss-Belhotel, Kuantan, Pahang bermula pada 22-24 April 2025 dan telah disertai 23 koperasi terpilih dari seluruh negeri Pahang. Melalui Bengkel ini, peserta telah diberi pendedahan awal tatacara dan prosedur pelaksanaan projek-projek sedia ada yang akan dinilai berpotensi untuk dinaiktaraf ke projek berskala besar yang akan memberi manfaat kepada komuniti setempat pada umumnya dan negeri pada amnya.
KETENGAH sentiasa berusaha memainkan peranan dalam memberikan komitmen untuk meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti setempat melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).