Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TAPAK KENDERAAAN REKREASI (RV) TASIK KENYIR

24 April 2025
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TAPAK KENDERAAAN REKREASI (RV) TASIK KENYIR

Majlis Penyerahan Projek Tapak Kenderaan Rekreasi (RV) Tasik Kenyir telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH pada 24 April 2025 di Pengkalan Utama, Tasik Kenyir. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Pengurusan KETENGAH.


Kenderaan rekreasi atau lebih dikenali sebagai recreational vehicle atau singkatannya ‘RV’ kini semakin popular dalam kalangan pengguna atau pemilik kenderaan ini di Malaysia. Kenderaan rekreasi ini juga dikenali sebagai ‘penginapan bergerak’ memandangkan fungsinya selain bagi tujuan percutian berekreasi, juga berfungsi sebagai opsyen menggantikan penginapan konvensional seperti hotel, chalet dan homestay.


Pembinaan kemudahan Tapak Kenderaaan Rekreasi (RV) Tasik Kenyir bertujuan untuk meningkatkan daya tarikan pelancong dengan mengeksploitasi potensi produk tarikan utama serta mewujudkan tarikan baharu di Tasik Kenyir.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.