Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN KETUA HAKIM NEGARA KE PUSAT PENERANGAN KENYIR DAN MINI GALERI GUA BEWAH

1 Julai 2026
LAWATAN KETUA HAKIM NEGARA KE PUSAT PENERANGAN KENYIR DAN MINI GALERI GUA BEWAH

1 Julai 2026 – Yang Amat Arif Tun Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Hakim Negara bersama-sama delegasi telah mengadakan lawatan ke Tasik Kenyir. Ketibaan rombongan disambut oleh Encik Shamsul Kamal bin Mohd Amin, Pengurus Bahagian Zon Bebas, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).


Delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi KETENGAH serta pengenalan kepada Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan, pemuliharaan alam semula jadi dan pembangunan sosioekonomi wilayah. Seterusnya, rombongan dibawa melawat Mini Galeri Gua Bewah bagi menghayati sejarah, khazanah arkeologi serta keunikan warisan yang terdapat di kawasan Gua Bewah, yang merupakan antara tarikan istimewa di Tasik Kenyir.


Lawatan ini menjadi platform untuk memperkenalkan potensi pelancongan, warisan dan pembangunan di Tasik Kenyir, sekali gus menyokong usaha mempromosikan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.


Semoga lawatan ini terus mengeratkan hubungan strategik antara agensi serta memperkukuh usaha memelihara khazanah alam, warisan dan pembangunan mampan di Tasik Kenyir demi manfaat generasi kini dan akan datang.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.