Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MAKTAB RENDAH SAINS MARA, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

15 September 2026
LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MAKTAB RENDAH SAINS MARA, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Muzium Bukit Besi hari ini menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar daripada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu, Terengganu yang melibatkan seramai 30 orang peserta, terdiri daripada 28 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring.


Lawatan yang diketuai oleh pihak guru MRSM ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah perlombongan bijih besi di Bukit Besi, perkembangan industri perlombongan serta nilai warisan sejarah yang terdapat di kawasan ini.


Sepanjang kunjungan, para pelajar berpeluang menerokai galeri dan bahan pameran di Muzium Bukit Besi, di samping mendapatkan penerangan berkaitan sejarah, teknologi perlombongan serta kehidupan masyarakat yang pernah berkait rapat dengan industri perlombongan bijih besi di Bukit Besi.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak MRSM Kuala Terengganu atas kunjungan ke Muzium Bukit Besi. Semoga lawatan ini menjadi pengalaman yang bermakna serta meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan buat seluruh warga MRSM Kuala Terengganu

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.