Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PERTANDINGAN RAJA SERAMA KENYIR GEOPARK 2026 MERIAHKAN TASIK KENYIR

12 September 2026
PERTANDINGAN RAJA SERAMA KENYIR GEOPARK 2026 MERIAHKAN TASIK KENYIR

TASIK KENYIR, HULU TERENGGANU, 12 September 2026 – Pertandingan Raja Serama Kenyir Geopark 2026 yang berlangsung di Tasik Kenyir hari ini berjaya menarik penyertaan sebanyak 263 ekor ayam serama serta kira-kira 800 orang pengunjung.


Program anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Persatuan Peminat Ayam Serama Negeri Terengganu itu bertujuan memperkukuh aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat, di samping mengetengahkan ayam serama sebagai sebahagian daripada warisan dan khazanah tempatan.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, yang mewakili Pengurus Besar KETENGAH. Beliau turut diiringi oleh Encik Mohd Hafiz bin Ahmad, Pengurus Pelancongan KETENGAH; Encik Shamsul Kamal bin Mohd Amin, Pengurus Zon Bebas KETENGAH; Tuan Mohd Zulkifli bin Tuan Mohd Zain, Pengerusi Persatuan Peminat Ayam Serama Negeri Terengganu; serta Encik Muhammad Fakruradzi bin Zakaria, Bendahari Persatuan Peminat Ayam Serama Negeri Terengganu.


Pertandingan melibatkan enam kategori utama iaitu Ayam Serama A, Ayam Serama B, Ayam Serama Remaja, Ayam Serama Muda, Ayam Serama Anak A dan Ayam Serama Anak B, yang menyaksikan persaingan dalam kalangan peminat dan penggiat ayam serama dari pelbagai lokasi.


Bagi kategori Best of the Best, Geng Parrot dinobatkan sebagai juara, manakala Faris GSKL muncul Naib Juara dan SK Group di tempat ketiga.


Penganjuran program ini mencerminkan potensi Tasik Kenyir dan Kenyir Geopark sebagai destinasi pelancongan yang menggabungkan elemen rekreasi, komuniti dan warisan tempatan.


KETENGAH komited untuk terus menyokong program berasaskan komuniti dan warisan bagi memperkukuh sektor pelancongan serta meningkatkan daya tarikan Kenyir Geopark di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.