Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Program Temu Mesra Madani Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Parlimen Dungun Bersama Agensi/ Jabatan Kerajaan Persekutuan

14 Januari 2025
Program Temu Mesra Madani Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Parlimen Dungun Bersama Agensi/ Jabatan Kerajaan Persekutuan

KETENGAH dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Terengganu telah menjayakan Program Temu Mesra Madani Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Parlimen Dungun Bersama Agensi/ Jabatan Kerajaan Persekutuan bertempat di Dewan Orang Ramai (DORA), Bukit Besi, Dungun.


Sepanjang program berlangsung, pelbagai isu dan cadangan penambahbaikan telah dikongsi oleh komuniti setempat, sekali gus membuka ruang perbincangan yang lebih efektif antara pihak JPKKP dan agensi kerajaan persekutuan seperti KETENGAH, PPPNT, KEMAS dan YPM.


Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran wakil-wakil agensi kerajaan persekutuan dan pimpinan masyarakat akar umbi dari seluruh Parlimen Dungun. Antara tetamu kehormat yang hadir termasuklah YBhg. Dato’ Dr. Haji Din bin Adam (Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu), YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa (Pengurus Besar KETENGAH) dan Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki (Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KETENGAH).


Program ini turut menekankan kepentingan memperkukuhkan hubungan dua hala antara agensi kerajaan persekutuan dan masyarakat serta memperkasa peranan agensi dalam memajukan komuniti setempat.


Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.