Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Program Bicara Aspirasi Integriti KETENGAH (BAIK) Siri 1 Tahun

15 Februari 2026
Program Bicara Aspirasi Integriti KETENGAH (BAIK) Siri 1 Tahun

Program Bicara Aspirasi Integriti KETENGAH (BAIK) Siri 1 Tahun 2026 telah diadakan pada Ahad, dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Tingkat 3, Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah.


Program anjuran Unit Integriti KETENGAH ini melibatkan penyertaan semua pegawai dan kakitangan KETENGAH, Ketengah Holding Sdn. Bhd. serta anak-anak syarikat.
Ceramah bertajuk “Integriti Tunjang Kecemerlangan Perkhidmatan Awam” telah disampaikan oleh Mohd Yusnoruddin bin Mohd Yuznah, Pegawai Psikologi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.


Dalam sesi perkongsian tersebut, beliau menekankan bahawa integriti bukan sekadar pematuhan kepada peraturan dan prosedur, malah berkait rapat dengan kekuatan psikologi individu seperti kawalan diri, pengurusan emosi, ketahanan mental serta pembentukan nilai murni dalam melaksanakan amanah. Pendekatan psikologi yang diketengahkan memberi penekanan kepada kesedaran kendiri dan keupayaan membuat keputusan secara beretika dalam situasi yang mencabar.


Program ini turut memberi penegasan bahawa pembudayaan integriti secara berterusan mampu memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kepercayaan masyarakat serta memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih telus dan berakauntabiliti.


Secara keseluruhannya, Program BAIK Siri 1 Tahun 2026 berjaya mencapai objektif sebagai platform pengukuhan integriti dan pembentukan sahsiah warga kerja yang beretika di peringkat jabatan, selaras dengan komitmen KETENGAH dalam memperkasa kecemerlangan perkhidmatan awam.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.