Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI TINJAU LAMAN USAHAWAN DESA @ MAHA 2026 SERDANG

30 Ogos 2026
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI TINJAU LAMAN USAHAWAN DESA @ MAHA 2026 SERDANG

30 Ogos 2026 – YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), hari ini mengadakan sesi walkabout di Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026, yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Turut hadir ialah YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.


Dalam sesi tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri berkesempatan meninjau reruai dan melihat sendiri pelbagai produk yang diketengahkan oleh usahawan desa, selain menyantuni para usahawan yang mengambil bahagian di Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026. Turut mengiringi sesi walkabout tersebut ialah YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat, Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.


Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 menjadi antara platform strategik dalam memperkenalkan hasil produk usahawan desa, khususnya daripada komuniti luar bandar. Penglibatan usahawan melalui pameran seperti ini bukan sahaja membuka ruang promosi yang lebih luas, malah memberi peluang kepada mereka untuk memperkenalkan produk kepada pasaran yang lebih besar serta membina jaringan perniagaan dan kerjasama strategik.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
284
Bulan Ini
17,219
Jumlah
3,962,099

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.